Connect with us

Oh! Media

Fatin Afeefa Minta Adam Shahz Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa

fatin afeefa adam shahz ohmedia

Oh! Artis

Fatin Afeefa Minta Adam Shahz Jalankan Tanggungjawab Sebagai Bapa

Pelakon, Adam Shahz diminta untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa oleh bekas isterinya, Fatin Afeefa. 

Menurut laporan mStar, Fatin mendedahkan yang bekas suaminya itu culas membayar nafkah buat anak perempuan mereka selain mengabaikan keperluan tambahan lain.

Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan membayar yuran sekolah anak

Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3,500.

Memandangkan perkara ini sedang dalam perbicaraan (tuntutan nafkah) dia kata biar pihak mahkamah tentukan.

Pelakon wanita itu juga berkata kini yang mengambil tanggungjawab sebagai bapa dan membayar segala perbelanjaan Ivy adalah suaminya, Opai.

IKLAN

Fatin cuma rasa tidak adil suaminya mengambil tanggungjawab itu walaupun memang dah anggap Ivy macam anak sendiri.

Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil.

Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela hati bayar perbelanjaan anak?

Kes yang dibicarakan itu akan disambung semula pada 27 Ogos dan 2 September nanti.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas