Connect with us

Oh! Media

Fasha Sandha Lakon Adegan ‘Panas’ Atas Katil Dengan Afieq Shazwan Tak Kisah Apa Kata Netizen

Fasha sandha adegan panas

Oh! Artis

Fasha Sandha Lakon Adegan ‘Panas’ Atas Katil Dengan Afieq Shazwan Tak Kisah Apa Kata Netizen

Pelakon, Fasha Sandha didakwa ada melakonkan adegan ‘panas’ dengan Afieq Shazwan dalam drama terbaru, Rampas Cintaku 2. Biar betul?

Menurut laporan mStar, Fasha bagaimanpun sudah bersedia dengan kecaman yang bakal dilontarkan netizen dan berkata apa dilakukannya itu hanya untuk sebagai menjayakan watak, skrip serta arahan pengarah.

Fasha Sandha

Terpulang kepada mereka, saya hanya mencorakkan skrip itu. Kita hanya buat kerja kita. Saya percaya kita buat sesuatu sebab diri sendiri dan bukannya orang lain.

Kalau buat kerana orang lain, kita tidak akan kekal. Jadilah diri snediri. Ini adalah kerjaya saya sejak usia 18 tahun.

Saya seronok dan hanya mampu berharap penonton pandang dari sisi lain. Kalau nak pandang sisi berani Fasha Sandha, terpulang.

Fasha juga tidak kisah dengan kecaman netizen dan dia tidak akan berhenti daripada berlakon sebab itulah kerjaya yang dirinya cintai.

IKLAN

Bukan tu jer, pelakon itu juga percaya yang apa yang dihasilkan dalam setiap naskah itu ada mesej dan pengajaran kepada penonton supaya dapat dijadikan tauladan.

Ambil pengajaran daripada jalan cerita Rampas Cintaku 2. Kita jangan pandang satu sisi sahaja, pandang sisi lain juga.

Kalau tak boleh terima, terpulang kepada mereka sebab penonton ada hak untuk menilai apa yang saya cuba sampaikan.

Apa pandangan korang? 

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas