Connect with us

Oh! Media

Farid Kamil Pernah Disogok RM5 Juta Dan Tanggung Akibat Yang Sangat Teruk Sebab Tolak!

Farid kamil ohmedia

Oh! Artis

Farid Kamil Pernah Disogok RM5 Juta Dan Tanggung Akibat Yang Sangat Teruk Sebab Tolak!

Pelakon dan pengarah, Farid Kamil dedah yang dia pernah disogokkan rasuah berjumlah RM5 juta dan dikatakan sama seperti yang Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah lalui. Biar betul?

Menurut laporan sebuah portal hiburan, apa yang dilalui kedua-dua mereka itulah membuatkan Farif menyokong perjuangan Anwar. Siapa yang tak rasa mestilah tak tahu, betul tak?

Saya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar apabila apa yang berlaku pada dia, pernah juga berlaku pada saya pada 2017.

Ketika itu saya pernah dirasuah sebanyak RM5 juta, tapi saya tolak. Akibat dari menolak rasuah tersebut, sangat buruk. Saya rasa semua orang tahu dulu rasuah berleluasa di Malaysia.

Siapa yang terima duit itu akan selamat dan siapa yang tidak ambil, mereka akan diperlakukan seperti pesalah. Itulah yang berlaku kepada saya apabila tidak ambil rasuah tersebut.

Kesan menolak rasuah, orang gunakan kita untuk menjatuhkan kita. Itulah persamaan Anwar Ibrahim dan Farid Kamil. Mungkin Perdana Menteri Ke-10 ini boleh menukarkan masalah ini dengan sistem lebih baik.

Untuk info, Farid Kamil kini sedang menjayakan watak Anwar Ibrahim dalam filem yang berjudul Anwar, The Untold Story oleh produksi Indonesia.

IKLAN

Disebabkan persamaan itu membuatkan saya rasa bertuah apabila diberikan mandat untuk memegang watak Anwar.

Dan saya juga rasa berbangga apabila menjadi antara empat pelakon dari Malaysia yang dipilih.

Rasa tak sabar pula nak tengok filem ni untuk lihat sendiri apa yang nak disampaikan produksi filem itu.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas