Oh! Artis
Fahmi Fadzil Maklumkan Kerajaan Sedia Kaji Bantu Jasmine Suraya Sambung Pelajaran Di Los Angeles
Sebelum ini, pelakon wanita Jasmine Suraya memaklumkan dia ditawarkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Disebabkan itu, Jasmine berkongsi dia menjual beberapa barang peribadinya termasuklah keretanya untuk menampung kos yang mahal iaitu sekitar RM400,000 untuk mula belajar di sana minggu depan.
Fahmi Fadzil maklum akan kaji dahulu kerana tahu kos bukan murah…
Disebabkan itu juga, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan sedia mempertimbang langkah untuk membantu Jasmine jika perkara yang dikemukakan adalah bersesuaian.
Saya perlu kaji dulu dan lihat apa yang kita boleh bantu, tetapi saya faham memang kebiasaannya untuk sesiapa yang melanjutkan pengajian dalam bidang seni atau dalam sebarang jurusan perfileman, muzik, teater, seni lukis dan sebagainya bukanlah satu usaha yang mudah atau murah.
Untuk pengetahuan korang, Jasmine Suraya adalah rakyat Malaysia pertama yang diterima masuk ke Institut Perfileman dan Teater Lee Strasberg. Antara nama-nama besar yang pernah memasuki pusat pengajian yang sama adalah seperti bintang Hollywood Angelina Jolie dan Marilyn Monroe.
Kerajaan kaji bantu Jasmine Suraya sambung pengajian bidang seni di Los Angeles#BHnasional Fahmi akui kos pengajian mahal, sedia timbang jika bersesuaianhttps://t.co/iDeyYa7Ceq
— Berita Harian (@bharianmy) March 24, 2024
Kredit: Aplikasi X
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM