Connect with us

Oh! Media

Ezlynn Dedah Suami Kahwin Lagi Pada Mac Tahun Lepas

Ezlynn dedah suami kahwin lagi

Oh! Artis

Ezlynn Dedah Suami Kahwin Lagi Pada Mac Tahun Lepas

Penyanyi Ezlynn mendedahkan yang suaminya sudah berkahwin lagi dengan seorang doktor pada Mac tahun lepas.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, suami penyanyi itu, Wan Hafizam telah menceraikan dua isterinya sebelum ini buatkan status Ezlynn berubah kepada isteri pertama.

Kalau ikutkan saya yang keluarkan kenyataan nak carikan madu untuk suami tapi tak jumpa calonnya. Dia akhirnya cari sendiri dan bagi saya baguslah kerana kena dengan cita rasanya.

Kami dah dipertemukan oleh suami semasa sesi taaruf (berkenalan). Saya letakkan syarat kepada suami supaya jangan halang aktiviti saya di media sosial kerana ia adalah platform untuk berniaga dan sebagainya.

Orang suka tengok aktiviti dan peribadi artis di situ. Suami boleh terima permintaan ini.

Sebelum ini, penyanyi itu pernah tampil memberitahu yang dirinya mahu mencari isteri baru kepada suaminya lagi dan cukupkan kepada empat sebagai saham akhiratnya.

Rasional saya carikan isteri untuk suami ialah saya seorang yang sibuk dengan kerja. Pergi ‘travel’ lama-lama rasa tak senang hati dan tak boleh duduk diam.

Sekurang-kurangnya ada seorang isteri yang jaga senang juga, saya boleh fokus pada kerja. Dari dia buat tak elok baiklah kahwin. Kita pun dapat berkat, pahala dan rezeki.

Tak dinafikan ada wanita yang marahkan saya tapi saya cakap suami bukan milik saya sahaja. Ia hak dan milik Allah. Kalau benda ini boleh mengharmonikan, bagus. Kalau tak sesuai carilah solusi lain yang terbaik.

Ezlynn juga berkongsi yang dia pernah dengar ceramah agama yang menyentuh hatinya.

Kata ustaz, wanita nak masuk syurga senang saja iaitu dengan jadi isteri yang taat. Itu yang saya buat keputusan ini termasuk berpoligami.

Tapi poligami bukan untuk semua wanita. Kalau isteri tak boleh terima, janganlah kerana akan jadi mental pada isteri dan anak.

Saya tetapkan pada suami agar buat penggiliran pada kami berdua setiap tujuh hari. Ikutkan tiga hari penggiliran tapi kasihan pula kerana madu saya tinggal di Perlis.

Insya-Allah saya akan pindah ke Changlun, Kedah apabila semua urusan membabitkan rumah dengan bekas suami selesai.

Apapun, semoga berbahagia buat Ezlynn dan pasangan. Pedulikan jer apa orang nak kata!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas