Connect with us

Oh! Media

Eyra Hazali Dikecam Bagi Komen Jujur Tentang Sejadah Neelofa Nipis

Oh! Artis

Eyra Hazali Dikecam Bagi Komen Jujur Tentang Sejadah Neelofa Nipis

Bagi mereka yang mengikut rapat perkembangan Neelofa, pasti mengetahui yang dia ada mengeluarkan sejadah di bawah koleksi jenamanya.

ADVERTISEMENT

Sekarang kecoh pula di Twitter bila pelakon Eyra Hazali mendakwa telah membeli sejadah Neelofa pada harga RM85 dan memberikan komen jujur tentang kainnya terlalu nipis terasa lantai sehingga boleh menyebabkan dahi dan lutut sakit.

Tapi sejadah nipis sangat, sakit lutut dan kepala kadang-kadang. – Kata Eyra spontan menjawab posting Suri Lisa.

Sayangnya ada pula individu yang mengecam Eyra yang hanya memberikan komen jujur sebagai pelanggan. Eyra memaklumkan ada media yang memutar belitkan kenyataannya dengan mengatakan “artis tak support artis” dan menyebabkan dirinya diserang peminat Neelofa.

Bagi honest review, orang amik buat statement artis tak support artis. Pastu kena serang dengan fans dia. Salah juga ek customer bagi review. I beli kot. – Katanya.

Apapun, mereka yang membeli memang ada hak untuk memberikan pandangan masing-masing. Apa yang penting Eyra dah sokong dan mungkin apa yang disampaikan dapat memberi Neelofa idea untuk menambah baik sejadah keluarannya nanti.

Kredit: Twitter EyraHazali

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas