Connect with us

Oh! Media

Engku Emran Dan Kakak Neelofa Didakwa Sudah Bertunang Selepas Hadir Usrah Bersama?

Oh! Artis

Engku Emran Dan Kakak Neelofa Didakwa Sudah Bertunang Selepas Hadir Usrah Bersama?

Baru-baru ini ada terdengar desas-desus mengenai kakak kepada Neelofa, iaitu Noor Nabila yang dikatakan menjalin hubungan dengan bekas suami pelakon Ludya Cynthia Bella iaitu Engku Emran.

Tiada angin tiada ribut, tular pula sebuah foto di sebuah laman gosip di mana terlihat susuk tubuh Engku Emran sedang berada di kediaman Noor Nabila yang difahamkan sedang mengadakan sesi usrah bersama Ustaz Wadi.

IKLAN

Noor Nabila Engku EmranMalah, di forum tersebut tersebut turut mengenakan tajuk yang mendakwa Nabila sudah pun bertunang dengan Engku Emran dan timbul persoalan siapakah yang akan berkahwin dahulu, adakah Nabila atau adiknya, Neelofa.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada berita tersebut benar atau tidak. Ada juga yang mengatakan bahawa mungkin Engku Emran hanya hadir ke rumah Nabila atas sekadar jemputan semata-mata.

View this post on Instagram

A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

Terdahulu, Nabila telah sah bercerai dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Engku Emran yang dahulunya telah bernikah dengan Laudya Cynthia Bella telah menamatkan perkahwinan mereka setelah dua tahun berkahwin dan bercerai pada Julai tahun lalu.

Kredit: Forum CARI

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas