Connect with us

Oh! Media

Emma Maembong Mengaku Suami Pernah Terasa Bila Dikecam Tak Pandai Didik Isteri

Oh! Artis

Emma Maembong Mengaku Suami Pernah Terasa Bila Dikecam Tak Pandai Didik Isteri

Nama pelakon Emma Maembong sudah tak asing lagi dalam kalangan peminat drama tempatan. Iyalah selain mempunyai rupa paras yang cantik, Emma juga mempunyai bakat lakonan yang hebat.

ADVERTISEMENT

Selain kerjaya, nama Emma turut terpalit dengan beberapa gosip iaitu berpakaian seksi. Nama suaminya, Shazli dah tentu disebut netizen apabila didakwa gagal mendidik isteri.

Memetik laporan Oh!Bulan, pelakon ini berkata dia tak akan selamanya tampil dengan imej seksi dan ada menyimpan hasrat untuk berubah jadi lebih baik.

Pelakon ini juga mengaku dia bukanlah semakin muda tapi semakin tua, jadi mestilah dia mahu berubah.

Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya.

Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat).

Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab).

Kata Emma lagi, mengenai komen pedas netizen menuduh suaminya macam-macam, dia hanya mampu memberitahu suami supaya abaikan sahaja komen pedas itu.

Suami saya pun manusia biasa. Bila dengar orang kata dirinya tidak pandai ajar isteri, sudah tentu dia terasa. Orang lain yang mendengar pun rasa seperti kasar sangat teguran sebegitu.

Jelasnya lagi, lama kelamaan suami juga faham dan tak melayan sebarang provokasi kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Semoga niat Emma dipermudahkan Allah SWT. Doakan yang baik-baik je.

Kredit: Oh!Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas