Connect with us

Oh! Media

Disahkan Positif Virus Walaupun Tiada Simptom, Ini Pesan Emma Maembong Buat Semua

Emma Maembong

Oh! Artis

Disahkan Positif Virus Walaupun Tiada Simptom, Ini Pesan Emma Maembong Buat Semua

Biasanya, pesakit yang disyaki mendapat jangkitan virus Covid-19 akan mengalami tanda-tanda seperti demam, batuk, sesak nafas dan pelbagai lagi gejala lain. Tetapi, ada juga beberapa laporan yang menyatakan ia boleh berlaku meskipun pesakit tiada genjala.

Samalah kesnya dengan Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar yang telah disahkan positif Covid-19. Menerusi postingnya yang terbaru di Instagram, Emma memaklumkan perkara tersebut berlaku meskipun dia tidak mengalami sebarang symptom yang biasa terjadi.

Capture 2
KLIK UNTUK TONTON VIDEO

Emma dan suami menerima keputusan itu selepas membuat swab test melalui perkhidmatan sebuah klinik mesra keluarga di kediamannya. Menurut Emma, @kumpulan_megaklinik_zahran boleh bergerak dari satu rumah ke satu rumah bagi sesiapa yang ingin membuat ujian saringan.

IKLAN

Bahkan, Emma juga sempat memberi nasihat kepada netizen untuk pergi buat ujian walaupun tiada sebarang gejala untuk dijangkiti. Yelah, kita pun tak tahu keadaan sebenar dalam badan kita, kan? Mana tahu kita pun ada potensi untuk jadi pesakit tanpa gejala? Minta dijauhkan lah ya.

“Saya tiada apa-apa simptom tapi keputusan ujian calitan positif. Jadi, walaupun rasa sihat, buat sahaja swab test sebab kita tak tahu yang virus itu ada ke tak dalam badan kita.” – tulisnya di Instagram.

Photo6055467484779227932

Walaupun mereka berdua disahkan positif, bayinya yang baru berusia tiga bulan disahkan tidak dijangkiti virus berkenaan. Beby Maembong yang merupakan kakak kepada Emma menyatakan yang dia dan keluarga yang akan menjaga Shariq Gabriel. Di ruangan komen, ramai rakan artis dan netizen yang mendoakan kesihatan Emma dan suami.

Photo6055467484779227935
Photo6055467484779227931
26

Kami di ohmedia juga doakan supaya Emma dan suami dimudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan seperti biasa. Untuk yang lain, ambillah nasihat yang Emma bagi untuk pergi buat swab test walaupun tiada simptom. Bukan apa, untuk kebaikan diri kita juga.

Kredit: Instagram Emma Maembong

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas