Connect with us

Oh! Media

Ella Buang Semua Foto Di IG Dan Beri Bayangan Berhenti Dari Industri Seni? 

Ella

Oh! Artis

Ella Buang Semua Foto Di IG Dan Beri Bayangan Berhenti Dari Industri Seni? 

Setelah mengambil tindakan memadam semua gambar di laman Instagram, penyanyi legend Ella telah menimbulkan rasa tanda tanya di kalangan netizen.

ADVERTISEMENT

Melalui entri terbaru, Ella, 57, memberi ucapan penghargaan kepada orang ramai seakan-akan memberi bayangan bahawa bakal berhenti daripada industri seni.

Pihak mStar telah menghubungi wakil pengurusannya bernama Peah untuk mengulas hal ini, namun dia sendiri tidak dapat memastikan perkara itu kerana segala yang dilakukan datang daripada hati selebriti itu sendiri.

Bagaimanapun, Peah yakin penyanyi rock wanita terkenal itu tidak mungkin akan mengundurkan diri dari dunia muzik tanah air dalam masa terdekat.

Saya tidak pasti apa yang terbuku di hatinya sekarang ini.

Menurut Peah lagi, kapsyen yang dibuat oleh Ella itu sebagai tanda penghargaan buat orang ramai masih menyokong termasuklah generasi baru yang meminati karyanya.

Dalam pada itu, wanita itu turut memberitahu Ella sememangnya rasa tersentuh menerima sambutan yang amat hebat daripada peminat ketika melakukan persembahan di Tawau, Sabah, baru-baru ini.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas