Connect with us

Oh! Media

Isteri Edika Yusof Dedah Suami Dah Banyak Kali Lafaz Talak Tapi Tak Mengaku, Siap Sumpah Laknat

edika yusof

Oh! Artis

Isteri Edika Yusof Dedah Suami Dah Banyak Kali Lafaz Talak Tapi Tak Mengaku, Siap Sumpah Laknat

Drama rumah tangga pelakon senior, Edika Yusof kini menjadi perhatian apabila isterinya, Nor Hidayah Yusri tampil mendedahkan bahawa ini bukan kali pertama dia memohon cerai.

BACA: Isteri Edika Yusof Dedah 10 Alasan Cerai, Dakwa Maruah Tercemar Teruk

IKLAN

Lapor Berita Harian, Hidayah berkata, Disember lalu dia pernah ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak tetapi suaminya tidak mengaku.

Suami banyak kali lafaz cerai

Suaminya juga telah mengangkat sumpah laknat untuk menafikan dakwaan pernah melafazkan talak kepadanya.

Memang saya buat permohonan cerai, tapi sebenarnya ini bukan permohonan kali pertama. Sebelum ini, saya pernah datang ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz talak yang dilafazkan banyak kali.

Meskipun pernah cuba menyelesaikan isu rumah tangga mereka secara baik dan tertutup, namun perkara itu dikatakan berlarutan sehingga memaksa dirinya meneruskan dengan permohonan cerai.

Saya tiada masalah berdamai sebab saya sudah mohon dan ajak Edika selesaikan cara baik supaya orang tidak tahu. Tetapi, dia mahu panjangkan dan inilah yang berlaku.

Anak sulung beri sokongan kepada ibu

edika yusof

Anak sulung mereka, Fardeen Nasrulhaq yang hadir menemani Nor Hidayah ke mahkamah menyatakan selagi masih hidup, dia mampu untuk menjaga ibunya.

Malah, dia memberi sokongan penuh terhadap keputusan Nor Hidayah demi kebaikan kedua-dua pihak.

Tiada apa yang boleh saya cakap, tapi inilah jalan penyelesaiannya. Ibu dan ayah juga akan kurang tekanan.

Tambahnya lagi, dia sudah terbiasa menjaga ibunya yang lumpuh sejak dari kecil jadi tiada beza jika ibu bapanya masih bersama ataupun tidak.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan telah menetapkan tarikh 5 Mei depan untuk sebutan semula kes perceraian yang difailkan Nor Hidayah.

Pssttt! Bila isu sudah lama berlarutan mungkin perpisahan adalah jalan terbaik. Semoga kedua-dua pihak diberi ketenangan dan kebahagiaan.

Kredit: Berita Harian | Video (Media Hiburan)
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas