Connect with us

Oh! Media

Edika Yusof Belum Dapat Lafaz Cerai, Isteri Enggan Ikut Sesi Kaunseling

Ohmedia edika Yusof 2

Oh! Artis

Edika Yusof Belum Dapat Lafaz Cerai, Isteri Enggan Ikut Sesi Kaunseling

Edika Yusof nampaknya gagal melafazkan cerai terhadap isterinya, Nor Hidayah Yusri hari ini di mahkamah syariah dan terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan selepas wanita itu berada dalam keadaan tidak suci.

Menurut Edika, dia sudah bersedia untuk melafazkan cerai namun perlu akur dengan syarat syarie yang menghalang lafaz talak dilakukan ketika isteri tidak suci.

Saya bersedia nak melafazkan, tetapi dia tidak suci hari ini dan prosiding akan dibawa ke bulan depan.- Katanya.

Edika Yusof bercadang untuk sesi kaunseling tapi ditolak isteri…

Image

Edika juga mendedahkan bahawa beliau sebenarnya mencadangkan agar mereka menjalani sesi kaunseling terlebih dahulu sebelum membuat keputusan bercerai, namun cadangan itu tidak dipersetujui isterinya.

IKLAN

Dia tak nak mengikuti sesi kaunseling dicadangkan itu dan selama perkahwinan ini, memang kita pun tak pernah hadiri mana-mana sesi kaunseling.- Katanya.

Dakwaan kasari isteri dianggap keterlaluan…

Image

Mengulas mengenai punca penceraian, Edika mengakui agak terkejut apabila didakwa pernah mengasari isterinya seperti yang dimaklumkan peguam pihak plaintif.

Kadang-kadang apa yang kita maksudkan lain, tapi dia anggap lain. Jadi, saya tak boleh paksalah. Tapi, kalau ada kesilapan saya itu saya mohon maaf.- Luahnya lagi.

Pelakon filem Maria Mariana ini turut menyatakan bahawa ini adalah kali pertama beliau melalui pengalaman sebegitu dan mengaku dirinya agak kekok di mahkamah.

Dia mungkin dah berpengalaman mengenai urusan cerai ini, tapi saya tak menggalakkan pun. Tapi, kalau dah tak boleh (hidup bersama) tak apalah.- Tambahnya.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan tersebut dikurniakan dua orang cahaya mata.

Hubungan mereka pernah menjadi inspirasi ramai apabila Edika setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak kedua mereka.

Pssttt! Perkahwinan bukan sekadar perkongsian hidup, tetapi juga ujian emosi dan kesetiaan. Komunikasi dan usaha bersama untuk memahami antara satu sama lain amat penting. Jika sudah tiada keserasian, lakukan perpisahan dengan penuh hormat tanpa saling menyalahkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas