Connect with us

Oh! Media

“Tahniah Dato’ Siti. Allah Sayang, Rezeki Terindah” – Ebit Lew

Dato Siti

Oh! Artis

“Tahniah Dato’ Siti. Allah Sayang, Rezeki Terindah” – Ebit Lew

Sejak beberapa minggu lepas, memang dah sibuk orang berteka-teki betul ke penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang hamil anak kedua? Akhirnya, Tokti buat juga pengumuman rasmi tentang hal tersebut.

Dalam postingnya di Instagram, Tokti menyatakan yang dia dan suami tiada niat pun nak berdiam diri tentang berita gembira tersebut. Cumanya mereka mencari masa yang betul-betul sesuai, barulah mereka nak share hal tersebut dengan semua orang yang dikenali.

128429607 930162397515766 3988565072551779790 n

Bukan hanya di Instagram, Tokti juga ‘membongkarkan’ rahsianya dalam majlis pelancaran produk BeauSitiXWonderLab yang dilakukan secara online hari ini. Kalau ikutkan, memang ramai yang dapat agak Tokti sedang hamil. Tapi sebab beliau sendiri pun tak beri apa-apa reaksi, hal tersebut terus tergantung tanpa jawapan.

IKLAN

“Ramai yang membuat andaian sebelum ini tentang kehamilan saya. Hari ini adalah hari yang sesuai untuk untuk dikongsikan bersama peminat. Alhamdulillah saya dan suami mahu berkongsi kepada anda, memang benar saya hamil anak kedua.” – katanya.

Tokti juga memohon orang ramai untuk doakan dirinya dan kandungan yang baru berusia 4 bulan itu dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan hingga hari kelahiran nanti. Beliau juga sempat mengucapkan rasa syukur dan terima kasih pada insan yang tak putus-putus mendoakan dirinya selama ini.

BACA : Peminat Jumpa Benda Tersembunyi Dalam Video Insta Story Siti

Bila dapat berita macam ni, of course ramai yang ucap tahniah pada Tokti. Bahkan, tak ketinggalan juga ucapan tahniah yang sangat istimewa dari pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Di ruangan komen, Ustaz Ebit turut doakan baby yang lahir nanti bakal menjadi anak yang soleh dan solehah.

128700038 1833493543456159 6537987853000484703 n
128054655 936054090544552 3904437883482671561 n

Cantik kan Tokti? Mungkin ini yang orang cakap seri ibu mengandung. Tambah pula dengan caption Tokti yang tulis #adikafiyah dan #anakibu, confirm ramai yang excited dan tak sabar dengan kelahirannya nanti. Kami di ohmedia juga nak ucapkan tahniah pada Tokti dan semoga segala urusan Tokti dan keluarga nanti akan dipermudahkan.

Kredit: Instagram Dato’ Siti

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas