Oh! Artis
Dulu Pernah Kantoi Curang Dan Insaf, Artis Popular Didakwa Buat Hal Lagi
Tiada angin tiada ribut, seorang artis lelaki terkenal didakwa ulang semula perangai lama apabila berkepit dengan pasangan heroin di set penggambaran.
Memetik laporan Boom! Malaysia, artis lelaki itu didakwa berstatus suami orang dan mempunyai 2 orang anak.

Isterinya pula dikatakan seorang selebriti dan kini menyertai program realiti nyanyian. Gara-gara kontroversi ini, si isteri didakwa hilang fokus terhadap program disertainya.
Dalam laporan portal itu lagi, penyanyi lelaki ini sebelum ini beberapa kali dikaitkan dengan kontroversi panas. Namun dikhabarkan sudah berubah dan kembali bahagia bersama keluarga.
Dia juga didakwa dah berubah ke arah kebaikan apabila mengikuti program keagamaan. Apa dah jadi? Betul ke dakwaan ni?
Kredit: Boom!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM