Connect with us

Oh! Media

“Dulu Dia Cantik Sangat”, Muka Fatiya Latiff Nampak Makin Pelik, Peminat Nasihat Suruh Berhenti ‘Cucuk’ Muka

Untitled Design   2

Oh! Artis

“Dulu Dia Cantik Sangat”, Muka Fatiya Latiff Nampak Makin Pelik, Peminat Nasihat Suruh Berhenti ‘Cucuk’ Muka

Lama tak nampak pelakon, Fatiya Latiff di kaca TV kan? Walau bagaimanapun, namanya sering menjadi bualan peminat di media sosial sehingga ke hari ini.

Terbaru! Pelakon itu dikatakan membuat rawatan muka dan telah menampakkan perubahan ketara pada wajahnya. 

Ramai yang mempersoalkan kenapa Fatiya mahu lakukan rawatan kecantikan dan mengambil suntikan di muka walhal dia memang sudah cantik sebelum ini.

IKLAN

Kalau korang tengok video terbaru dimuat naik Fatiya, nampaklah yang mukanya membengkak mungkin sebab kesan daripada rawatan yang dia lakukan.

F31cc805 7434 4a8a 983b 67750ac60da7

Kalau korang tengok ruangan komen pula, ramai peminat yang menasihatinya untuk berhenti melakukan sebarang rawatan terhadap wajahnya yang mungkin akan memberi kesan apabila lanjut usia nanti.

Dalam pada itu, segelintir individu berpendapat gambar muka Fatiya yang membengkak dan nampak pelik itu merupakan hasil suntingan.

Tidak tahu mengapa Fatiya membuat rawatan tetapi pasti pelakon itu sendiri mempunyai alasannya sendiri yang tidak didedahkan kepada umum.

Kredit: Instagram Fatiya Latiff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas