Connect with us

Oh! Media

“Dulu Beria Sedih Sangat..” – Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

Oh! Artis

“Dulu Beria Sedih Sangat..” – Shuib Dikecam Terlalu Awal Cari Jodoh

Usahawan dan pelawak, Shuib baru-baru ini mendedahkan dia ada mengenali seseorang selepas lima bulan pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin.

ADVERTISEMENT

BACA: Shuib Dedah Telah Kenali Orang Baru?

Pendedahan itu ternyata telah mengundang rasa kurang senang segelintir netizen. Shuib menjadi mangsa kritikan dan disifatkan terlalu awal bercakap mengenai jodoh.

Menerusi Kosmo!, Shuib kata dia sebenarnya sudah lali dengan kecaman orang ramai. Dia sendiri tidak kisah dengan kritikan selagi dia tidak mengganggu orang lain.

shuib

Mengenai soal jodoh yang dikatakan terlalu awal, Shuib merasakan dia hanya perlu mengambil pandangan ibu dan ahli keluarga sahaja.

Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

Mengakui terlalu banyak komen yang diterima, bapa tunggal kepada empat orang anak ini berkata dia tidak perlu mendengarkan kata-kata orang.

Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika saya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.

Katanya, memang ramai wanita menghantar mesej di laman sosial bertanyakan khabar dan berkenalan namun dia tidak mengambil serius pun.

Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.

Jika mahu mencari jodoh, Shuib mahukan persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Tiada guna jika Shuib suka tetapi anak-anak sebaliknya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas