Connect with us

Oh! Media

Kes Tembak Setia Alam: Ini Kisah Penuh Dan Muslihat Sebenar Suspek Sebelum Ditembak Mati!

Copy of Untitled Design   1

Trending

Kes Tembak Setia Alam: Ini Kisah Penuh Dan Muslihat Sebenar Suspek Sebelum Ditembak Mati!

Seorang suspek yang dipercayai merancang menyamun kedai emas di Setia Alam akhirnya mati ditembak polis selepas insiden berbalas tembakan di sebuah hotel di Pulau Ketam awal pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo, siasatan mendapati suspek sudah membuat persiapan untuk melakukan samun di pusat beli-belah tersebut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Dari segi persiapan, kita percaya suspek ada merancang menyamun kedai emas dan mana-mana premis di pusat beli-belah berkenaan.

Tukang cuci jadi mangsa keadaan

Suspek

Sebelum kejadian tembak-menembak di Pulau Ketam, suspek yang dikenali sebagai Ah Boy telah melepaskan beberapa das tembakan secara rambang di pusat beli-belah Setia Alam, mengakibatkan seorang tukang cuci warga asing cedera di bahagian kaki dan punggung.

IKLAN

Ada sesuatu yang mengganggu rancangan suspek sehingga dia bertindak menembak secara rawak.

Larikan diri dengan kereta Perodua Ativa

Pdrm

Selepas menembak mangsa, suspek merampas sebuah Perodua Ativa dengan mengacukan senjata api kepada seorang pengunjung dan memaksa pemandu itu membawanya keluar dari kawasan Shah Alam.

Namun, pelariannya berakhir di Pulau Ketam pada jam 3 pagi selepas berbalas tembakan dengan pihak polis, yang akhirnya menembak mati suspek.

#ApaKataOhmedia

Jenayah tidak pernah membawa keuntungan jangka panjang. Cepat atau lambat, undang-undang pasti akan menang. Jangan sesekali terlibat dengan kegiatan jenayah kerana akhirnya hanya penjara atau maut yang menanti.

Copy of Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas