
Oh! Artis
DS Mahadi Terkejut Baca Komen Netizen, Jawab Tuduhan Heliza Helmi Isteri Kedua
Oleh
Walaupun sudah hampir seminggu bergelar suami isteri, pasangan merpati dua sejoli Heliza Helmi dan ahli perniagaan, Dato’ Sri Mahadi masih menjadi bualan hangat.
BACA: Ramai Terkejut Lihat Gambar Heliza Helmi Kahwin Dengan Usahawan Jutawan Datuk Mahadi
Malah, pasangan pengantin baru ini turut dijemput ke rancangan Wanita Hari Ini untuk membincangkan topik ‘Bina Bahagia’.
Dalam rancangan itu, pengacara Uyaina Arshad berkesempatan mengajukan soalan mengenai status Dato’ Sri Mahadi sebelum bergelar suami kepada Heliza Helmi.
Ada netizen mendakwa beliau merupakan seorang duda dan pernah berkahwin sebelum ini.
@ummupresint17 Ini Perkahwinan Kedua DS Mahadi? Dengarkan Penjelasan DS Mahadi..Masha Allah #mahadibz #helizahelmi #fypシ #fyp #hnmtilljannah #tiktokmalaysia ♬ Syukur (Alhamdulillah) – UNGU
Jelas lelaki berusia 38 tahun ini, mereka sendiri sebenarnya terkejut membaca komen-komen yang ditinggalkan netizen. Beliau menjelaskan dirinya seorang teruna dan bujang terlajak.
Umur 38 barulah dapat bidadari syurga yang telah diizinkan oleh Allah SWT.
Beliau sempat memohon semoga hubungan yang dibina berkekalan sehingga syurga.



Jawapan yang diberikan beliau nampaknya sudah menjawab segala persoalan netizen selama ini. Jadi lepas ni harap tak ada lagi lah isu ini kan? Apa-apa pun tahniah buat pasangan ini.
@amyqashrina #CapCut DETIK PERKENALAN #mahadibz #helizahelmi ♬ original sound – Amy Qashrina II
Kredit: TikTok @ummupresint17 | IG mahadibz
