Connect with us

Oh! Media

Drive Range Rover Dekat Padang Pasir, Netizen Tanya Inikah Jihad Caprice?

Cover Photo Om 1200 X 675 89

Oh! Artis

Drive Range Rover Dekat Padang Pasir, Netizen Tanya Inikah Jihad Caprice?

Setelah dua bulan meninggalkan Malaysia, penyanyi rap, Caprice dikhabarkan bakal pulang ke tanah air tidak lama lagi. Meskipun gagal masuk ke Gaza, penyanyi ini bertemu dengan kenalan baru dan membina jaringan yang kukuh demi visi jangka panjangnya.

Malah, dia juga sempat memberi ‘teaser’ lagu terbarunya hasil kolaborasi bersama beberapa artis di negara itu. Daripada sedutan pendek itu, nampaknya ia menggabungkan bakat rap lelaki itu dan juga irama muzik daripada Timur Tengah.

BACA: Sempat Tulis Lagu, Caprice Bakal Pulang Ke Malaysia

IKLAN

Terbaru, hantaran pendek Caprice di Instagram Story telah menarik perhatian netizen. Hantaran tersebut memaparkan Caprice menaiki kenderaan jenis Range Rover bersama seorang lelaki difahamkan untuk tujuan video klip lagu terbarunya.

Netizen mula mempersoalkan adakah jihad yang diperjuangkan Caprice selama ini berkaitan dengan penghasilan lagu bersama artis di negara itu?

Malah, netizen turut bertanyakan tujuan sebenar Caprice ke negara tersebut di waktu bergolak sehingga menimbulkan isu membabitkan beberapa pihak baru-baru ini.

C1a
C2a
C3a
C5a
C4a 1

Ada juga netizen berseloroh mencadangkan agar penggambaran klip video dilakukan di Pantai Klebang Melaka memandangkan pantai itu juga kelihatan seperti padang pasir.

Caprice3

Meninjau ke hantaran lain, Caprice dilihat memuat naik beberapa foto terakhir berada di sana sebelum pulang ke Malaysia. Dia turut meluahkan rasa keterujaan dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman serta apa yang telah diselesaikannya sepanjang perjalanannya itu.

Kredit: Instagram Caprice , Twitter thisISsalazar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas