Connect with us

Oh! Media

Sempat Tulis Lagu, Caprice Bakal Pulang Ke Malaysia

Oh! Artis

Sempat Tulis Lagu, Caprice Bakal Pulang Ke Malaysia

Meskipun gagal memasuki tanah Gaza, semangat Caprice masih berkobar-kobar setelah hampir dua bulan meninggalkan Malaysia.

BACA: Caprice Jangka Hishammuddin Hussein Bakal PM Ke-9

Berdepan dengan pelbagai tohmahan dan cacian sepanjang berada di sana, lelaki itu kekal tabah bagi menyempurnakan tujuan asal dia ke sana.

IKLAN

Bahkan, dia kerap mengemaskini mengenai aktivitinya di sana menerusi laman media sosial.

Terkini, penyanyi rap ini ada memberi bayangan akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat namun perlu menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan misi jangka panjang Road To Al-Aqsa 2040.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Malah, dia juga sempat memberi ‘teaser’ lagu terbarunya hasil kolaborasi bersama beberapa artis di negara itu. Daripada sedutan pendek itu, nampaknya ia menggabungkan bakat rap lelaki itu dan juga irama muzik daripada Timur Tengah.

Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini? See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik.

Dia berkongsikan mengenai perkara itu ketika ditanya peminat mengenai kepulangannya ke Malaysia jika berlaku perubahan kepada kepimpinan kerajaan.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Caprice teruja mendengarkan sedutan lagu terbaru tersebut selain tidak sabar menantikan kepulangannya.

Terdahulu, gara-gara menimbulkan kekecohan di media sosial berikutan pendedahannya mengenai sumbangan di Gaza yang turut membabitkan nama pendakwah terkenal, Ebit Lew, dia memaklumkan dia tidak akan balik ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.

Akhirnya, kembali juga dia ke Malaysia.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas