Connect with us

Oh! Media

DJ Tyzo Jadi Rebutan! Selepas Hot FM, Kini RTM Pula Hantar Rombongan Merisik

dj tyzo

Oh! Artis

DJ Tyzo Jadi Rebutan! Selepas Hot FM, Kini RTM Pula Hantar Rombongan Merisik

Bekas penyampai radio Suria FM, DJ Tyzo nampaknya menjadi rebutan ramai. Ini selepas dalam satu perkongsian, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman dilihat berjumpa dengan Tyzo.

ADVERTISEMENT

BACA: DJ Lin Suria Cinta Kena Serang Dengan Netizen, Ramai ‘Berkampung’ Tuntut Penjelasan Pemecatan DJ Tyzo

dj tyzo

Perjumpaan itu dilakukan bagi membincangkan hala tuju kerjaya Tyzo dan memperkukuhkan lagi jenama RTM. Bukan tu jer, RTM pun katanya dah atur banyak projek yang sesuai untuk Tyzo tu.

RTM risik Tyzo dan tanya kandungan apa dia suka buat…

Saya ada tawarkan Tyzo bekerjasama dengan RTM menerusi beberapa platform seperti radio, televisyen dan digital, ikut kesesuaian pada pertemuan, pagi tadi.

Saya ada juga risik apakah bentuk kandungan yang Tyzo suka dan dekat di hatinya. Kalau boleh biarlah kandungan yang bakal dikendalikannya mampu memberi manfaat kepada RTM dan misi memperkukuhkan jenama tercapai dengan bakat yang ada pada Tyzo.

Suhaimi bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci dan meminta semua bersabar. Kalau korang nak tahu, Tyzo juga merupakan bekas kakitangan RTM satu ketika dahulu dan mungkin tak salah berbakti semula di sini.

Tidak berniat untuk ambil kesempatan dengan isu panas melanda Tyzo…

Mungkin akan ada yang anggap kami sengaja mengambil kesempatan dengan membuat tawaran. Itu tidak benar kerana niat kami hanya ingin membantu Tyzo.

Bila ada orang perlukan pertolongan, kenalah bantu. Tyzo, seorang yang berbakat dan tak salah jika kerjasama ini menghasilkan suatu sinergi yang bermanfaat untuk kedua-dua pihak.

Walaupun saya tahu apa yang berlaku, tetapi apa yang saya lakukan ini tiada kena mengena dengan perasaan simpati. Saya ajak jumpa, bukan Tyzo merayu nak dapatkan ‘job’.

Bagaimanapun, Suhaimi menyerahkan kepada Tyzo untuk membuat keputusan untuk sertai RTM atau tidak.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas