Connect with us

Oh! Media

‘Editor’ Dedah RTM Tak Bayar Gaji, Anggap Sistem Operasi Dah Lapuk

Untitled Design   3

Oh! Tidak

‘Editor’ Dedah RTM Tak Bayar Gaji, Anggap Sistem Operasi Dah Lapuk

Seorang wanita mendedahkan tunggakan gaji yang dihadapinya ketika bekerja dengan badan penyiaran milik kerajaan, RTM. 

Menerusi platform X, wanita yang dikenali sebagai Noor Ainun Jariah Noor Harun mendakwa telah dua bulan bekerja sebagai editor Bahasa Inggeris di RTM dan masih belum menerima gajinya.

Menurutnya lagi, pihak atasan berikan pelbagai alasan apabila dia mempersoalkan isu tersebut, termasuklah admin bercuti, admin sakit, dan admin baru.

IKLAN

RTM beri jaminan dianggap penyelesaian sementara

Rtm

Walaupun RTM sering memberi jaminan bahawa gaji akan dibayar tetapi lambat, Ainun menyifatkan situasi ini sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. 

Katanya, aduan yang dibuat kepada pihak atasan hanya penyelesaian sementara saja.

Sistem operasi dah lapuk

Ea513298 54ff 45e5 87cb 49b033ab0ae4

Bukan tu jer, Ainun juga turut mengkritik sistem operasi RTM yang dianggap ketinggalan zaman.

Contohnya, mesin rekod kehadiran kerap kali rosak, memaksa pekerja mengisi borang hanya untuk mengesahkan masa masuk kerja kami.

Gesa Kementerian Komunikasi tangani isu RTM

66fe9c80 f0b0 479c 9b71 12ab439e79bf

Lebih membimbangkan, Ainun menyatakan bahawa dia sudah tidak berharap kepada RTM untuk menyelesaikan isu ini. 

Sebaliknya, dia menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital untuk campur tangan dan mengambil tindakan tegas bagi menangani masalah ini.

#OhmediaNasihat

Tunggakan gaji adalah isu serius yang boleh menjejaskan kepercayaan pekerja kepada majikan. Sebagai majikan, pastikan kebajikan pekerja diberi keutamaan, manakala pekerja pula jangan takut untuk bersuara jika hak mereka diabaikan. 

Semoga pihak berkaitan menyelesaikan isu ini dengan adil dan segera!

Untitled Design   3

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: X


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas