Connect with us

Oh! Media

Dituduh Menipu, Zahnita Tampil Dengan Bukti Keganasan Rumah Tangga Dan Kronologi Kes

Ohmedia zahnita Lebam

Oh! Artis

Dituduh Menipu, Zahnita Tampil Dengan Bukti Keganasan Rumah Tangga Dan Kronologi Kes

Lama berdiam diri, kini Zahnita Wilson akhirnya tampil dengan segala bukti mengenai pergolakan rumah tangganya yang selama ini dipendam.

Menerusi perkongsian terkini di media sosial, bekas model dan pelakon itu mendedahkan butiran lengkap kes rumah tangganya, termasuk laporan perubatan, kronologi kejadian, dan makluman rasmi kepada pihak media untuk hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 April 2025.

Ada bukti dipukul

Zahnita

Dalam satu laporan perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan, Zahnita mendakwa dirinya dikasari suami ketika pertengkaran berlaku pada 7 Mei 2024.

IKLAN

Pemeriksaan menunjukkan lebam dan bengkak pada mata serta kawasan telinga.

Kronologi kes

Zahnita

Berdasarkan kronologi yang dikongsikan, Zahnita turut mendedahkan dia keluar rumah pada 26 November 2024 dan hanya membawa anak bongsunya.

Saya keluar dari rumah dengan anak bongsu… anak-anak lain tidak dapat saya ambil kerana di sekolah.

Suaminya kemudian ditahan polis pada 2 Disember 2024 dan suaminya disahkan positif dadah oleh pihak polis selepas ujian dilakukan pada 4 Disember 2024.

3 kes akan dibicarakan serentak

Zahnita
Zahnita

Zahnita turut menjemput pihak media untuk hadir ke Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 April 2025 jam 9 pagi, di mana tiga kes akan dibicarakan secara serentak:

  1. Tuntutan hak jagaan semua anak (hadhanah)
  2. Injunksi menghalang gangguan dan penyalahgunaan anak di media sosial
  3. Kes cerai dan pelantikan hakam keluarga untuk kedua-dua pihak

Pada ketika itu, Zahnita bersedia untuk menjawab segala persoalan yang dikaitkannya ketika ini.

Mental dan fizikal terkesan, Zahnita umum rehat

489779761 18498119413012565 8698156209180379498 n

Dalam hantaran lain, Zahnita turut meluahkan bahawa dia berada di ambang keletihan fizikal dan mental, memohon agar pelanggan memberi ruang untuknya berehat buat sementara waktu.

Usahanya menjual pai mendapat sambutan hangat sebelum ini, namun kini dia memilih untuk fokus kepada pemulihan diri dan proses mahkamah.

Kredit: Threads
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas