Connect with us

Oh! Media

Dituduh Kongsi Bilik Dengan Teman Wanita, Adam Shahz Nekad Saman Fatin Afeefa

Oh! Artis

Dituduh Kongsi Bilik Dengan Teman Wanita, Adam Shahz Nekad Saman Fatin Afeefa

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon Juvana, Adam Shah, iaitu Fatin Afeefa berkongsi satu video perbualan dengan anaknya mendakwa bekas suami berkongsi bilik tidur dengan teman wanita semasa bercuti.

ADVERTISEMENT

Walau bagaimanapun, perkongsian di Instagram Story tersebut telah dipadam tidak lama selepas ianya dimuat naik. Malah, Fatin Afeefa sendiri telah membuat permohonan maaf kepada bekas suami di atas dakwaan yang dibuat.

Menerusi laporan Berita Harian, Adam Shahz berkata dia nekad mengambil tindakan saman ke atas Fatin Afeefa berikutan tindakan mengaibkan sehingga boleh menjatuhkan reputasi.

Cukuplah menyeksa saya selama lebih empat tahun kami bercerai. Saya sudah lama bersabar, tetapi nampaknya Fatin sengaja mahu menguji kesabaran saya.

Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Jalan terbaik adalah membawa kes ke mahkamah. Di sana, saya akan menjelaskan segala-galanya termasuk bukti sekali.

Berkenaan tuntutan nafkah yang dibangkitkan bekas isteri, Adam memaklumkan dia berasa kecewa kerana perkara ini sudah diperkatakan pada awal-awal penceraian dahulu.

Berhubung tuntutan nafkah yang dibangkitkan, perkara ini juga hanya akan didedahkan dalam mahkamah. Sebelum ini, saya pernah minta Fatin membuka fail jika benar saya berada di pihak yang salah.

Tetapi, sudah lebih empat tahun bercerai, tiada sebarang tindakan yang diambil. Oleh kerana dia enggan mengambil sebarang tindakan, jadi biarlah saya yang memulakan langkah

Malah, dia sendiri sudah meminta Fatin membawa perkara tersebut ke hadapan sekiranya dia di pihak yang salah namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas