Connect with us

Oh! Media

Ditipu Oleh Rakan Perniagaan, Wak Doyok Alami Kerugian Sebanyak 3 Juta

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 22t175240909

Oh! Artis

Ditipu Oleh Rakan Perniagaan, Wak Doyok Alami Kerugian Sebanyak 3 Juta

Ikon media sosial dan usahawan popular, Wak Doyok baru-baru ini mendakwa bahawa dia telah ditipu oleh rakan perniagaan dalam syarikatnya.

Menerusi laporan Harian Metro, Wak Doyok ditipu oleh pasangan suami isteri dan telah mengalami kerugian lebih daripada 3 juta.

Hasil siasatan, saya dapati mereka terbabit dalam pemalsuan dokumen, salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Mereka juga sudah mengosongkan premis pejabat dan melarikan semua barangan dan peralatan milik syarikat tanpa pengetahuan saya.

Saya hanya dapat tahu dia sudah mengosongkan premis dan seramai 20 kakitangan juga sudah berhenti dari syarikat, baru-baru ini.

Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkata dia terpaksa menjual tanah dan aset lain untuk melabur dalam perniagaan tersebut.

IKLAN
Ohmedia photo 2024 08 22 17 56 37

Tambahnya lagi, dia berasa terkilan kerana sudah melabur kira-kira sebanyak RM500,000 dengan menggunakan wang simpanannya.

Saya sudah berusaha untuk berbincang secara baik untuk menyelesaikan kes ini tetapi pihak terbabit mendakwa dia ditipu dan mengambil tindakan undang-undang (saman) terhadap saya pula.

Difahamkan, Wak Doyok telah membuat laporan dan dia berharap agar kebenaran berpihak kepadanya.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 08 22t175240909

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ke Atas