Connect with us

Oh! Media

Disney Didakwa Sanggup Bagi RM1.3 Bilion Sebagai Tanda Permohonan Maaf Kepada Johnny Depp

ohmedia johnny disney

Oh! Artis

Disney Didakwa Sanggup Bagi RM1.3 Bilion Sebagai Tanda Permohonan Maaf Kepada Johnny Depp

Seperti ‘menjilat ludah sendiri’, itulah apa yang dilakukan pihak Disney selepas menolak Johnny Depp dan sekarang lain pula ceritanya. Sebelum ini syarikat Disney dengan lantang menolak Johnny hanya kerana dakwaan kekasaran rumah tangga yang akhirnya terbukti dia tidak bersalah.

BACA: Disney Gugurkan Johnny Depp Untuk Filem Terbaru Pirates of The Caribbean

image 58

Ketika itu, hanya syarikat Dior sahaja yang setia bersama Johnny. Hari ini, Disney didakwa sanggup menawarkan AS$301 juta (RM1.3 bilion) bagi memastikan Johnny kembali membawa watak Jack Sparrow dalam francais filem Pirates of the Caribbean.

IKLAN

Depp terima banyak hadiah dan permohonan maaf..

Saya tahu bahawa ada syarikat menghantar bakul hadiah beserta surat yang menyentuh perasaan, namun tidak pasti bagaimana ia diterima oleh Depp.

Apa yang boleh saya katakan adalah Disney telah menghasilkan draf untuk sebuah filem mengenai Jack Sparrow, jadi mereka amat berharap Depp dapat memaafkan mereka dan kembali kepada watak ikonik itu. – Kata sumber.

Perkara ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan dari pihak Depp mahupun pengurusannya. Apapun, Depp sebelum ini pernah menyatakan dia tidak akan kembali berlakon sebagai Jack Sparrow walaupun ditawarkan bayaran yang banyak.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas