Trending
Peniaga Donut Susu Mahu Anjur Solat Subuh Berjemaah, Minta Lupakan Tagline ‘Berayaq’
Menurut laporan mStar, peniaga donut susu yang viral dengan tagline ‘berayaq’ baru-baru ini mempunyai hasrat untuk menganjurkan solat subuh berjemaah dengan pengikutnya.
Peniaga tersebut yang dikenali sebagai Aulaida sudah membuat permohonan maaf kepada orang ramai dan menyesali perbuatannya yang dianggap bad marketing.
Tidak berniat mainkan isu agama

Bukan abang nak main isu agama, abang nak adik tunjuk kepada cikgu, kawan, mak ayah bahawa ada perkara baik yang adik follow dari abang.
InsyaAllah suatu hari ada rezeki, abang bersama rakan nak buat subuh beriemaan untuk adik-adik semua. Dekat masjid mana nanti kami akan maklum. Kita akan sama-sama merancakkan suasana islamik itu.
Peniaga itu juga memberi pesanan supaya tidak lagi menggunakan perkataan ‘berayaq’ dan minta tukar ke Subhanallah.
Larang pengikut guna perkataan ‘berayaq’

Jangan cakap dah (‘berayaq’) lepas ni cakap ja Subhanallah. Abang bukan sindir tetapi nak kita buat pahala.
Kami bukan jahil. Lillahi Ta’ala. Kalau orang itu tak tahu agama dia tak kan tahu serba serbi berkaitan agama. Kami tahu serba serbi agama, kami minta maaf mengenai perkara sebelum-sebelum ini.
Kami minta maaf, jangan anggap kami minta maaf tak ikhlas. Jangan sebut dah perkataan ‘berayaq’ tu. Abang faham hangpa bergurau, melawak tetapi dalam melawak tu orang salah tafsir.
#OhmediaNasihat
Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Peniaga donut susu ini sudah membuat permohonan maaf. Harap semua move on dan maafkan beliau.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM