Connect with us

Oh! Media

Disangka Perli TMJ, Sharifah Shahirah Perjelas Makna Komennya Pada Gambar Safee Sali

Oh! Artis

Disangka Perli TMJ, Sharifah Shahirah Perjelas Makna Komennya Pada Gambar Safee Sali

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Sharifah Shahira telah menerima kecaman daripada segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas meninggalkan komen yang dianggap ‘kontroversi’ pada gambar Safee Sali.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Apa Yang Akan Dilakukan TMJ Selepas JDT Gagal Bawa Pulang Piala Malaysia

Hal itu selepas Safee Sali memuat naik gambar pada laman Instagramnya memaparkan dirinya memeluk trofi Piala Malaysia sambil berbaring di atas katil.

Dalam pada itu, pelakon tersebut sempat meninggalkan komen berbunyi “Janganlah begitu. Nanti kesian Mail. Patut dia yang peluk piala tu”.

Penyokong fanatik JDT berkemungkinan menyangka Mail yang disebut olehnya merupakan pemilik kelab Harimau Selatan, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sehingga bertindak mengecam Sharifah Shahirah.

Sharifah Shahirah perjelas situasi, bukan tuju pada TMJ

Berhubung dengan kejadian tu, Shahirah atau dikenali sebagai Shiera tampil memberikan penjelasan selain menganggap apa yang dimaksudkan itu bukanlah seperti dakwaan segelintir netizen.

Sebaliknya, nama Mail yang disebut itu merujuk kepada penjaga gol utama JDT, Farizal Marlias selain mengakui pemain itu merupakan rakan baik kepada suaminya, Ijoy.

Saya tak tahu dan tak maksudkan ‘Mail’ seperti mereka dakwa iaitu anak raja.

Mail yang saya maksudkan ialah Farizal Marlias yang merupakan penjaga gol JDT. Saya pun tak faham kenapa saya kena maki dengan netizen sedangkan Mail memang rapat dengan suami saya, Ijoy.

Ramai kawan Ijoy pemain bola sepak JDT dan pasukan lain dan mereka selalu main golf sama-sama. Bahkan, sebelum perlawanan antara KL City dan JDT tempoh hari, Mail ada menghubungi suami saya.

Sudah lali dengan perangai segelintir netizen, harap kaji dulu sebelum kecam

Disebalik kecaman yang diterimanya, pelakon berusia 47 tahun itu menganggap segelintir netizen gemar mencaci serta memaki hamun sehingga merasakan diri mereka benar dalam semua perkara.

Netizen ada yang bijak dan pada masa sama, ada juga yang kurang bijak sesuka hati mencaci dan memaki hamun kononnya mereka semua betul.

Selain itu, dia juga turut tidak berpuas hati apabila terdapat netizen yang mendoakan agar kerjayanya sebagai penyampai radio akan terkubur sedangkan mereka yang mengata tanpa usul periksa.

Yang saya tak puas hati sampai kata rezeki saya selepas ini sebagai penyampai radio tertutup dan berkubur disebabkan isu yang mereka sendiri pandai-pandai menyampuk dan akhirnya, mereka sendiri yang salah.

Walaupun sudah seakan-akan masak dengan perangai segelintir netizen, namun Shiera menganggap perbuatan mereka adalah salah dan perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum memberikan kecaman.

Kredit: Instagram Safee Sali I Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Mediai

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas