Connect with us

Oh! Media

Ini Apa Yang Akan Dilakukan TMJ Selepas JDT Gagal Bawa Pulang Piala Malaysia

tunku ismail

Trending

Ini Apa Yang Akan Dilakukan TMJ Selepas JDT Gagal Bawa Pulang Piala Malaysia

Tidak dapat dinafikan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi semakin kuat selepas mendapat sentuhan sepenuhnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ). Bagaimanapun, baru-baru ini JDT dikejutkan dengan kekalahan di pentas akhir Piala Malaysia di tangan KL City.

ADVERTISEMENT

Tunku Ismail Batalkan hasrat untuk berehat, “wake up call”

Itulah apa yang dinyatakan oleh TMJ dalam satu kenyataan rasmi. Selepas tiga musim, JDT dilihat terlalu selesa dengan tidak mengeluarkan belanja besar kerana tiada kelab yang mampu saingi mereka di Malaysia. Tapi sudah pasti kekalahan kepada KL City memberikan semangat baru kepada JDT untuk bangkit semula.

TMJ yang juga pemilik JDT itu menyifatkan dirinya seperti ‘harimau luka yang sedia bangkit semula’ dan sekaligus membatalkan hasrat untuk berehat.

Reaksi pemain JDT selepas tewas kepada KL City. Kredit gambar: Utusan.

Maklumlah orang jarang kalah ini, sekali sekala bila kalah jadi rajin pula buat kerja. Ada hikmah di sebaliknya, bagus juga ada ‘wake-up call’. Buat apa pun jikalau Allah SWT tidak mengizinkan rezeki tersebut bukan kita punya.

Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. Ianya akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan.

Ada pemain yang akan kekal, dipinjamkan dan dilepaskan

Berdasarkan dari kenyataan rasmi TMJ, pasukan JDT akan kembali menjalani latihan Pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi termasuk kelab eropah untuk menyiapkan pasukan. Beberapa pemain turut akan dilepaskan, dipinjamkan dan dikekalkan bergantung kepada prestasi pemain.

Berikut kenyataan penuh dari TMJ:

Kredit: Johor Southern Tigers

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas