Connect with us

Oh! Media

Dikritik Pilih Bersalin ‘Ikut Tingkap’, Ini Respon Ayda Jebat

Oh! Artis

Dikritik Pilih Bersalin ‘Ikut Tingkap’, Ini Respon Ayda Jebat

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat semalam mengumumkan bakal menerima kehadiran bayi perempuan yang akan dilahirkan sekitar September depan. Penyanyi lagu Pencuri Hati ini menerusi sidang media secara virtual memaklumkan, dia akan menjalani proses bersalin secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect).

ADVERTISEMENT

BACA: Ayda Jebat Respon Video Suami Cium Ketiak, Minta Peminat Jangan Lihat Dari Sudut Negatif

Tambahnya, keputusan yang diambil itu tiada kena mengena dengan kesihatan ibu atau bayi. Sebaliknya, dia memang berhasrat untuk melahirkan anak melalui pembedahan sejak sebelum berkahwin lagi.

Walau bagaimanapun, pilihan Ayda itu tidak disambut baik sesetengah pihak. Netizen berpendapat, pelakon ini melepaskan peluang untuk merasai ‘nikmat’ sebenar melahirkan anak. Ada juga yang mengecam tindakan itu dengan berkata, ibu yang beranak ‘ikut tingkap’ tidak dapat mengeluarkan susu.

Terbaru, selebriti ini menerusi hantaran di Instagram enggan memberikan sebarang komen berkenaan kritikan yang diterimanya itu. Ayda sebaliknya mengambil langkah menyebarkan kata-kata positif dan memberikan semangat kepada ibu-ibu yang lain.

Jelas Ayda, ibu yang terpaksa melahirkan anak secara pembedahan tidak perlu berasa malu, sedih atau tertekan. Malah, ada yang sehingga sanggup merahsiakan proses pembedahan semata-mata kerana tidak mahu diperlekehkan ibu yang bersalin secara normal.

Dalam masa yang sama, Ayda menyeru orang ramai memberikan sokongan bukannya cemuhan. Apa yang penting adalah keselamatan ibu dan anak itu sendiri. Tidak kiralah bersalin secara pembedahan atau normal, anda adalah seorang ibu.

Kredit: Instagram Ayda Jebat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas