Connect with us

Oh! Artis

Dikecam Jadikan Najib Razak Dan Isteri ‘Modal’ Lawak, Kumpulan Puteh Mohon Maaf

Menjadikan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan lawak di pentas Maharaja Lawak Mega, kumpulan lawak Puteh telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

BACA: Gara-Gara Tersingkir MLM 2021, Rahim Dan Man ‘Dibahan’ Dalam Sepahtu Reunion

IKLAN

Puteh yang dianggotai oleh Vicha, Ali dan Mamak berpeluang bertemu Najib Razak di Klebang Melaka pada malam Selasa lalu dengan bantuan Shahrol Shiro.

Salah seorang anggota kumpulan, Ali berterima kasih kepada Najib Razak kerana telah menerima permohonan maaf daripada mereka. Ali menjadikan kejadian ini sebagai titik permulaan untuk terus berjuang dalam industri hiburan.

Ali berkata, apa yang dipersembahkan mereka di pentas MLM adalah tidak disengajakan. Niat mereka hanyalah untuk menghiburkan peminat.

Malangnya saya akui ini adalah kekhilafan kami dan kami perlu berjumpa beliau (Najib) iaitu orang yang dijadikan sebagai bahan jenaka.

Kami dengan ini secara terbuka memohon maaf atas apa yang terjadi Ahad lalu.

Secara jujur, mereka mengakui kesilapan yang dibuat dan ikhlas memperbetulkan keadaan.

Kredit: Instagram aliputeh_official | Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas