Connect with us

Oh! Media

Dikatakan Bercinta Dengan Suami Noor Nabila, Ini Pengakuan Fiza Halim

fiza halim

Oh! Artis

Dikatakan Bercinta Dengan Suami Noor Nabila, Ini Pengakuan Fiza Halim

Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran keluar bersama dua orang gadis yang dikatakan anak kepada penyanyi, Fiza Halim. Disebabkan itulah, timbul spekulasi di mana Engku dan Fiza sedang bercinta.

ADVERTISEMENT

BACA: Timbul Pula Dakwaan Suami Noor Nabila, Engku Emran Sedang Bercinta Dengan Bekas Anggota Elite?

Sedar tentang spekulasi yang sedang berlegar ketika ini, Fiza Halim tampil menafikan dakwaan terbabit. Memetik laporan Harian Metro, Fiza menyatakan dirinya tidak pernah mengenali lelaki bernama Engku Emran.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta.” – Fiza Halim.

fiza halim

Saya sendiri terkejut dengan dakwaan itu kerana tiba-tiba keluar gosip itu. Saya dapat tahu cerita itu daripada kawan dan kakak angkat yang screenshot mengenai komen peminat di Instagram.

Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cinta Bella pun di TikTok.

Fiza pelik macam mana boleh libatkan anak-anaknya…

Tidak logik jika Engku Emran bawa anak-anak saya keluar tanpa pengetahuan saya. Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.

Untuk pengetahuan korang, Fiza sudah tiga kali mendirikan rumah tangga. Perkahwinan pertamanya adalah bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin pada tahun 2010 dan dikurniakan dua orang anak perempuan.

Setelah bercerai, Fiza kemudian berkahwin dengan peserta Akademi Fantasia 2, Adam dan berkahwinan ketiganya adalah bersama Aizat Al Jefri yang merupakan seorang juruterbang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas