Connect with us

Oh! Media

Didakwa Naiki Kenderaan Melebihi Tiga Orang, PU Riz Nafi Langgar SOP Lagi

neelofa langgar sop

Oh! Artis

Didakwa Naiki Kenderaan Melebihi Tiga Orang, PU Riz Nafi Langgar SOP Lagi

Nama Neelofa dan suami, Muhammad Haris nampaknya masih lagi menjadi bualan netizen meskipun kini sedang dalam perbicaraan atas beberapa kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP).

ADVERTISEMENT

Terbaru, pasangan selebriti itu didakwa melanggar lagi salah satu SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru di mana mereka dilihat menaiki kenderaan melebihi tiga orang semasa meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pagi tadi.

Walaubagaimanapun, PU Riz menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa video yang ditularkan tidaklah sama seperti apa yan terjadi.

Jelasnya, dia dan Neelofa dan mendapat kebenaran untuk merentas negeri bagi menghadiri sesi memberikan keterangan tersebut manakala peguam mereka memang sudah berada di Mahkamah Seremban yang berdekatan dengan IPD berkenaan.

“Saya dan isteri memang dalam satu kereta sama. Jadi, kami tunggu peguam habis kes untuk bergerak sekali ke IPD. Selepas selesai beri keterangan, kebetulan pihak media sudah tunggu di depan pondok.”

neelofa dikritik

Disebabkan oleh jarak kereta milik peguam tersebut yang tidak berjauhan daripada lokasi tersebut, mereka hanya menumpangkannya sebentar sahaja.

“Jadi, kami nak turunkan semula peguam ke kereta yang diletakkan di mahkamah. Jarak kedua lokasi pun tidaklah jauh. Jadi, apabila peguam masuk kereta kami, orang fikir kami memang naik satu kereta dari Kuala Lumpur. Mungkin kamera litar tertutup di kawasan IPD dan mahkamah boleh nampak kalau mereka nak bukti.”

Jelas lelaki itu lagi, perkara berkenaan sepatutnya tidak dijadikan isu baharu pun.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas