
Oh! Artis
Didakwa ‘Memberontak’ Sebab Putus, Riena Diana Mengaku Seksi Sejak Dulu
Oleh
Pelakon drama bersiri Kampung People, Riena Diana menjadi bualan netizen setelah muncul dengan penampilan seksi ketika menyambut tahun baharu 2023.
BACA: Pelakon Kampung People Riena Diana Syukur Dapat Hadiahkan Diri Sendiri Kereta
Muncul juga spekulasi yang mengatakan bahawa pelakon itu berpakaian demikian kerana memberontak selepas hubungan percintaannya berakhir, hm betul ke ni?
Sudah biasa

Riena menafikan spekulasi netizen tersebut dan menjelaskan bahawa dirinya memang berimej seksi sejak dahulu, namun tidak pernah berkongsi mengenainya di media sosial.
Tiada kena mengena dengan kisah cinta, saya yang pilih untuk tidak berkongsi kerana jarang tunjuk kehidupan peribadi dan pemakaian saya kepada pengikut, mungkin disebabkan itu orang terkejut tengok saya pakai macam itu. Sebelum ini bantai sahaja, baju lebih seksi pun saya pernah pakai cuma saya tak kongsi di media sosial.
Pelakon itu juga menambah bahawa dirinya bersyukur kerana peminat masih lagi mengambil berat tentang dirinya.
Saya tak marah orang yang kecam saya, saya terima dengan hati yang terbuka. Kalau orang tegur, maknanya orang sayang pada diri saya. Pada orang yang tak selesa dengan cara saya berpakaian dan apa saya kongsi di media sosial, saya alu-alukan untuk unfollow saya.
Selain itu, Riena memberitahu bahawa dia mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu menipu peminat mengenai apa yang dipaparkan di media sosial.
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
