Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Sangkal Dakwaan Farid, Insiden ‘Petik Cili’ Bukan Punca Sebenar Minta Cerai

diana danielle

Oh! Artis

Diana Danielle Sangkal Dakwaan Farid, Insiden ‘Petik Cili’ Bukan Punca Sebenar Minta Cerai

Dalam perkongsi Ohmedia semalam, pelakon Farid Kamil masih lagi keliru dengan keputusan isterinya, Diana Danielle yang meminta untuk diceraikan. Farid juga mengandaikan, insiden petik cili yang dilakukan anak perempuan mereka, Aurora sebagai antara punca.

ADVERTISEMENT

BACA: Sampai Keluar Air Mata, Farid Kamil Akhirnya Dapat Jumpa Anak Tapi Aurora Tiada

Diana yang turut melihat temubual Farid bersama pihak Melodi TV3 itu kemudian tampil menepis dakwaan Farid, sebaliknya dia membuat permohonan itu dua hari sebelum insiden.

Farid kata pergilah dan suruh cepatkan proses fail penceraian…

Siapa kata insiden petik cili sebab saya minta cerai? Saya minta cerai dua hari sebelum kejadian tersebut yang mana menjurus kepada hari petik cili.

Dia tahu, bukan tak tahu. Saya ada beritahu dia saya failkan penceraian. Dia kata pergilah, malah suruh saya cepatkan. Sekarang apa? Buat-buat keliru?

Dalam pada itu, Diana tidak memandang apa yang dilakukan Farid kepada anak mereka sebagai perkara kecil kerana Aurora benar-benar trauma sejak insiden itu.

Takkan saya nak paksa dia hanya untuk buat semua orang gembira? Sebenarnya Muhammad ada tanya jika dia boleh balik raya di Kedah pagi tadi tapi Aurora tanya adakah dia kena pergi sama.

Saya tak takut, Aurora dah lapan tahun, dia boleh bercakap sendiri. Kalau orang fikir saya yang suruh dia bercakap, sampai bila? Dia ada perasaan dan ambil masa berminggu untuk berhenti menangis bila kami sebut nama dia (Farid).

Diana Danielle jawab panjang lebar di Instastory miliknya…

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas