Connect with us

Oh! Media

Diana Danielle Jawab Pertanyaan Rujuk Semula Dengan Farid Kamil

img 4483

Oh! Artis

Diana Danielle Jawab Pertanyaan Rujuk Semula Dengan Farid Kamil

Di media sosial hangat mengenai satu video yang menunjukkan pelakon, Diana Danielle yang duduk bersebelahan dengan bekas suaminya, Farid Kamil di sebuah acara.

Menurut laporan mStar, perlakuan mesra Diana dan Farid itu kemudiannya mencetuskan spekulasi yang mendakwa pasangan ini sebenarnya sudah rujuk sebagai suami isteri.

Menerusi satu temu bual di sebuah podcast hiburan, Diana memaklumkan segala keputusan mengenai hubungan mereka akan diumumkan oleh Farid nanti.

IKLAN

Kami akan buat keputusan dalam masa terdekat tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini saya biarkan Farid yang buat. Sebab dia lelaki.

Diana juga berkata bahawa dia dan Farid masih lagi dalam peringkat memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik.

Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan. Tapi, tidak lah perlahan sangat. Kami pun sedang memikirkan bagaimana untuk memperbetulkan kehidupan antara satu sama lain lagi.

Semalam, pasangan ini ada memuat naik hantaran di Instagram Story memaparkan keberadaan mereka di dalam sebuah studio untuk ditemu bual.

Diana dan Farid telah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu setelah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2012 yang lalu.

Kredit: mStar 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas