Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Dia Sangat Penyayang” – A Aida Akui Sangat Rapat Dengan Wak Doyok, Tidak Tolak Jodoh

Baru-baru ini,  ikon fesyen terkenal Wak Doyok terpalit dengan khabar angin mengatakan dirinya mempunyai hubungan yang istimewa dengan penerbit drama, A. Aida selepas tular satu foto mesta mereka. Biar betul?

BACA : “Tahniah Wak” – Muat Naik Gambar Berpelukan, Wak Doyok Ada Hubungan Dengan A. Aida?

IKLAN

Menerusi laporan Boom, A Aida telahpun tampil menjelaskan soal foto yang tular itu. Walau bagaimanapun, dia enggan mengulas soal jodoh tapi mengakui sangat rapat dengan Wak.

Kami sudah lama kenal. Wak adalah best friend forever dan sangat penyayang.

Mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tak nak komen, tetapi doakan sajalah. Sekiranya ada jodoh, ada lah.

Bukan tu jer, A Aida juga mengakui bahawa dia gemarkan ciri-ciri pasangan disukainya yang ada kena mengena dengan Wak Doyok. 

Saya sukakan lelaki yang bergaya dan pandai menjaga penampilan diri kerana saya pun begitu.

Sebelum ini, ibu kepda Wak ada memberi kenyataan dimana dia tidak menerima menantu berstatus janda dan Aida juga mengakui sedar mengenai hal itu.

Sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh. Sekiranya ibu Wak memberikan lampu hijau, maka ada jodoh kami.

Aida juga mengatakan yang dia masih belum bertemu dengan ibu Wak lagi. Manalah tahu kan kalau dah jumpa pintu hati ibu Wak terbuka. Apapun, semoga yang baik-baik saja.

Kredit: Boom

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas