Connect with us

Oh! Media

“Dia Putar Belit Cerita” – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Tipu Dan Cerita Kejadian Sebenar 

Oh! Artis

“Dia Putar Belit Cerita” – Bella Astillah Dakwa Sophia Albarakbah Tipu Dan Cerita Kejadian Sebenar 

Sebelum ini kecoh pasal Sophia Albarakbah dilihat hadir ke konsert All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung pada malam Ahad lepas. Mana taknya, salah seorang peserta GV kan adalah Aliff Aziz.

ADVERTISEMENT

BACA: Sophia Albarakbah Perjelas Hadir Ke All Stars Gegar Vaganza Bukan Sebab Aliff Aziz, Tapi…

Walau bagaimanapun, Sophia beri penjelasan yang dia sekadar ingin menemani sepupunya, Aisha Retno yang menjadi penyanyi undangan salah satu slot dalam program itu.

Menurut laporan Harian Metro, isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah mendakwa Sophia menipu dan memutar belit kenyataan mengenai kehadirannya pada malam itu. Pulak dah!

Bella juga mengatakan yang pelakon itu hanya beredar dari dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebaik saja persembahan Aliff selesai menerusi IG Story.

Haih tapi tak hairanlah dia ni dah biasa menipu dan putar belit. Ya Allah masih nak menipu masih ada di dalam dewan sehingga persembahan Liza Hanim?

Serius la dia ni. Dahlah nama tak ada dalam senarai artis yang hadir. Dan kemudian lepas Aliff habis saja menyanyi dia terus gerak balik.

Sudahlah duduk depan wartawan, selepas itu hendak menipu lagi.

Bella juga berkata yang nama Sophia sebenarnya langsung tiada dalam senarai tetamu yang sepatutnya hadir pada malam program itu.

Mana satu yang betul ni? Siapa yang ada dekat tempat kejadian tolong tampil cerita hal sebenar. 

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas