Connect with us

Oh! Media

“Dia Perlu Sokongan, Rehabilitasi” – Wardina Rayu Yasin Dikeluarkan Dari Penjara Dan Penyakitnya Dirawat

Oh! Artis

“Dia Perlu Sokongan, Rehabilitasi” – Wardina Rayu Yasin Dikeluarkan Dari Penjara Dan Penyakitnya Dirawat

Penahanan penyanyi nasyid dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman berkait dadah baru-baru ini telah mengejutkan ramai orang termasuk rakan selebriti.

ADVERTISEMENT

Terdahulu, kumpulan Raihan menyuarakan pendapat bahawa orang ramai sebaiknya tidak terlalu cepat menghukum seseorang kerana tidak mengetahui hakikat sebenar yang dilalui komposer tersebut.

BACA: “Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa” – Raihan Mohon Jangan Cepat Menilai Orang

Terbaru, pelakon Wardina Safiyyah menerusi satu hantaran di Instagram berkata, Yasin tidak seharusnya dihukum penjara seumur hidup atau gantung sampai mati.

Dia sepatutnya menerima rawatan mengenai kesihatan mentalnya, sokongan dan mungkin program pemulihan.

Dalam pada itu, Wardina turut memaklumkan bahawa Yasin merupakan seorang rakan artis yang sangat berbakat, bijak, berani dan baik walaupun terdapat kekurangan.

Perogol dan pembunuh pun tak dikenakan hukuman gantung sampai mati. Yasin tidak layak dipenjara seumur hidup mahupun hukuman gantung sampai mati.

Dia mendoakan semoga penyanyi lagu Mimpi Laila itu menjadi kuat dan mampu mengharungi ujian ini dengan baik. Hatinya juga hancur kerana bagi mereka yang tahu, Yasin tidak sepatutnya diperlakukan seperti itu.

Wardina merayu Yasin dikeluarkan daripada penjara dan penyakit mentalnya dirawat dengan segera.

Kredit: Instagram Wardina Safiyyah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas