Connect with us

Oh! Media

“Dia Pergi Cepuk Budak Ni” – Syamsul Yusof Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Sewajarnya

Syamsul Yusof Belasah

Oh! Artis

“Dia Pergi Cepuk Budak Ni” – Syamsul Yusof Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Sewajarnya

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof meluahkan rasa marah selepas melihat rakaman tular melibatkan sekumpulan lelaki dan pelajar tahfiz.

BACA: “Jap Lagi Kena Kutip Ni” – Tular Video Lelaki Tendang, Tampar Budak Tahfiz Dalam Surau

Dalam rakaman itu, lelaki berseluar pendek tanpa baju dan berkasut dilihat naik ke tangga surau sebelum mengarahkan seorang pelajar keluar. Dia kemudiannya menendang dan menampar pelajar itu.

IKLAN

Susulan kejadian itu, Syamsul memohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ada pihak yang mengambil tindakan sendiri.

Dia pergi pukul cepuk budak tu, yang cepuk ni siapa? Tolong pihak berkuasa, abang-abang polis ambil tindakan sewajarnya.

Pengarah ini percaya bukan dia sahaja yang berasa marah melihat pelajar tahfiz dipukul sedemikian rupa, bahkan orang lain juga.

Syamsul turut menyeru rakan-rakan artis menggunakan media sosial yang ada untuk bersuara mengenai isu ini agar tindakan tegas diambil pihak berkuasa ke atas pelaku.

Kredit: Instagram Syamsul Yusof

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas