Oh! Artis
“Dia Mengacara Aku Tak Tengok, Skip Terus” – Uyaina Arshad Jadi Bahan Kutukan Secara ‘Berjemaah’
Pengacara Uyaina Arshad tampil bersuara selepas dikecam secara berjemaah di Threads.
Seorang pengguna di aplikasi Threads mengundang perhatian apabila secara terbuka meluahkan rasa kurang gemar terhadap pengacara popular, Uyaina Arshad.
Walaupun tidak memberikan sebab kukuh, hantaran tersebut telah menyebabkan netizen yang lain turut menghentam Uyaina.
“Mana-mana komen boleh perbaiki, saya akan cuba”
Tak berdiam diri, pengacara yang juga merupakan model ini tampil bersuara. Menerusi satu hantaran di Instagram, Uyaina menganggap tindakan individu yang mengutuk dan ‘menghentam’ secara berjemaah sebagai satu bentuk buli siber yang tidak wajar dibiarkan berterusan.
Dalam luahannya, Uyaina mempersoalkan kenapa budaya mengecam secara beramai-ramai kini menjadi kebiasaan dalam masyarakat.
Sejak bila masyarakat kita seronok mengutuk dan mengata orang berjemaah macam ni? Is this okay? Behaviour ni accepted ke di zaman 2025 ni?
Tambahnya lagi, dia sedar bahawa sebagai pengacara dan pelakon, bukan semua orang akan menyukai caranya.
Namun, dia tetap berusaha untuk menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin bagi memberikan ilmu, manfaat dan hiburan kepada masyarakat.
Menurut Uyaina, dia bersikap terbuka terhadap komen membina. Dia juga meminta maaf di atas kekurangan.
Namun, serangan berbentuk peribadi hanya kerana tidak menyukai gayanya dianggap sebagai buli siber dan tidak seharusnya diterima.
Kuat kerana support system, tapi orang lain mampu ke?

Uyaina turut bersyukur kerana masih memiliki sistem sokongan dan mental yang kuat walaupun sering menerima kecaman.
Namun, dia meluahkan kebimbangan terhadap individu lain yang mungkin tidak sekuat dirinya.
Pssttt! Tak salah untuk memberi teguran, tapi pastikan ia bukan berunsur serangan peribadi. Kesian Uyaina tiba-tiba jadi topik pula kan.
Kredit: Instagram Uyaina
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.