Oh! Artis
“Dia Bukan Keledek Yang Korang Gelarkan” – Pengurus Fattah Amin Balas Kecaman Netizen
Pengurus Fattah Amin bersuara selepas dikecam beri ‘idea’ jemput Fatima di showcase Amira Othman.
Belum reda isu tidak hadir majlis sekolah anak, kini pengurus kepada pelakon Fattah Amin pula jadi sasaran kecaman netizen!
Semuanya gara-gara satu kenyataan gurauan yang dimuat naik di Instagram Story yang dianggap tidak profesional dan memalukan oleh warganet.
BACA: “Sibuk Dengan Kak Long Ke?” – Tak Hadir Acara Sekolah Anak, Netizen Tanya Mana Fattah Amin
Bawa Fatima ke showcase Amira Othman?
Sakirin Aca mencadangkan Fattah membawa anak perempuannya, Fatima, ke showcase Amira Othman selepas pelakon itu dikatakan tidak dapat hadir ke acara persekolahan anaknya tempoh hari.
Rata-rata mengecam pengurus itu dan menganggap dia sepatutnya lebih berhati-hati dalam kenyataan yang melibatkan artis serta keluarga mereka.
Sakirin Aca tampil pertahan diri
Tidak berdiam diri, Sakirin Aca kemudian tampil menjawab segala tuduhan dan sindiran melalui satu hantaran panjang di Thread.
Katanya, kenyataan sebelum ini hanyalah gurauan dan ditulis dengan nada sinis, namun telah disalah tafsir ramai.
Beliau turut menyatakan kekesalan apabila dihina secara fizikal, malah dituduh tidak layak jadi pengurus kerana tidak menjaga maruah artis.
Tambahnya, netizen sepatutnya tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas seseorang tanpa mengetahui kisah sebenar.



Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM