Connect with us

Oh! Media

nd lala

Oh! Artis

“Dia Buang Kami” – Ibu Shila Amzah Dakwa ND Lala Poligami Sejak 8 Tahun Lalu

Ibu Shila Amzah, Fauziah Sarman mendedahkan ND Lala telah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid di Bangsar dan dia dimaklumkan mengenai hal itu melalui WhatsApp semalam.

BACA: 34 Tahun Bersama, Netizen Kecewa ND Lala Cerai Isteri Melalui Voice Whatsapp

IKLAN

Menerusi Berita Harian, Fauziah atau lebih mesra disapa Mamazie melihat dia tak lagi dihargai sejak 10 tahun kebelakangan ini. Dia sudah ikhtiar untuk menyelamatkan rumah tangga tetapi penat hanya berjuang seorang diri.

Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah.

Jelas Mamazie, dia digantung tak bertali dan keadaan jadi semakin huru hara ketika suami pulang ke rumah selama tiga bulan pada Januari tahun ini.

ibu shila amzah

Berkongsi dengan lebih lanjut, dia dan suami akan bergaduh setiap hari dan pergaduhan besar berlaku pada 1 April lalu.

ND Lala entah macam mana buat pengakuan sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.

Dia tipu saya kata Disember. Mungkin daftar Disember, tetapi menurut sumber, dia dan Siti Munirah sudah lama berkahwin, iaitu sejak lapan tahun lalu.

ND Lala mengakui bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tetapi, saya cuba semak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat.

Perkahwinan selama 34 tahun akhirnya menemui noktah, Mamazie berkata ND Lala memang fokus sepenuhnya kepada isteri baru dan secara kasarnya isteri serta anak-anak dibuang begitu sahaja.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ke Atas