Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Nak Buat Lockdown, Buat Betul-Betul” – Mila AF Sedih Kenang Nasib Peniaga Makin Tenggelam Tanpa Bela

Mila atau nama sebenarnya Mila Jirin, 34, yang merupakan seorang penyanyi dan usahawan akui berasa sedih akan nasib yang menimpa para peniaga termasuklah dirinya sendiri apabila terkesan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) buat kali ketiga sejak Covid-19 melanda Malaysia.

Memetik hantarannya di laman Instagram, juarai Akademi Fantasi musim kelima itu menyifatkan situasi yang melanda para peniaga di negara ini semakin tenat dan tenggelam tanpa bela.

IKLAN

Makin tenat! Suara orang-orang berniaga tenggelam tanpa bela! Selepas ini akan timbul pula penyakit semua dibuang kerja.

Majikan dah mula angkat bendera putih (terpaksa buang pekerja). Jangan paksa majikan buat pengekalan pekerja bila subsidi upah pun hanya tinggal cakap semata-mata.

Tambahnya lagi, beliau juga menegur pelaksanaan PKP yang dijalankan oleh kerajaan supaya lebih berkesan dan tidak bersikap sambil lewa.

Nak lockdown (perintah berkurung), betul-betul lockdown. Biar seorang pun tidak ada yang keluar rumah. Baru berkesan. Bukan Lockdown manja-manja, ada yang boleh, ada yang tidak boleh.

Mila yang sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangan akan nasib 100 pekerjanya dalam perniagaan dan katering yang diusahakan. Oleh kerana itu, beliau mula berjinak dalam perniagaan kek dan pastry bagi membantu syarikat dan pekerjanya.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas