Connect with us

Oh! Media

“Dia Ada Agama” – Didakwa Hamilkan Gadis Dan Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Beri Respon

Oh! Artis

“Dia Ada Agama” – Didakwa Hamilkan Gadis Dan Kahwin Senyap-Senyap, Ibu Ismail Izzani Beri Respon

Baru-baru ini kecoh mengatakan seorang penyanyi lelaki terkenal terpaksa berkahwin dengan seorang wanita kerana dikatakan telah terlanjur.

ADVERTISEMENT

BACA: Penyanyi Lelaki Terkenal Baru Putus Cinta Terpaksa Kahwini Wanita Lain Sebab Terlanjur

Secara tiba-tiba, nama penyanyi muda berbakat besar, Ismail Izzani mula terpalit selepas netizen mengaitkan isu ini dengan penyanyi Bidadari itu.

Ibu Ismail Izzani tampil beri respon

Terbaru, ibu kepada Ismail, Datin Suliza Salam menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan dan tuduhan itu selepas menerima beberapa hantaran DM Instagram yang mengatakan anaknya itu terlibat dengan perbuatan tersebut.

Sumber: Gempak

Suliza yang dihubungi Gempak berharap agar semua pihak tidak terpengaruh dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap anaknya itu.

Gambar berkenaan diambil ketika Ismail menghadiri majlis perkahwinan rakannya, Amin Daniel, anak Datuk Jamal Yunos baru-baru ini. Kebetulan dia berada di situ dan gambar berkenaan dirakamkan.

Kita tak naklah besarkan perkara ini. Budak perempuan tu anak orang. Apabila gambar dengan cerita seperti itu tersebar, nanti cemarkan nama keluarga orang. Tak pasal-pasal orang saman kita pula.

Tambah Suliza lagi, anaknya itu walau bagaimanapun tidak melenting selepas mendapat tahu mengenai hantaran DM berkenaan.

Saya pun marah dekat Ismail, saya cakap dengan dia kena buat statement untuk jernihkan keadaan, yelah sampai rakan artis, Nourul Depp dari Bali pun kongsi benda tu dekat saya.

Tapi dia relaks je, katanya dia tak buat benda tu, jadi kenapa dia perlu beri kenyataan. Saya hormati anak saya sebab dia dewasa dari segi itu.

Dia takda masa lah nak buat seks rambang, dia pun ada agama.

Ibu Ismail Izzani pun dah dedahkan segalanya, harap semua jelas lah ya dengan perkara ni. Mael tak buat tau, hah.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas