Oh! Artis
“Rupa-Rupanya Saya Anak Angkat” – Saiful Apek Terkedu Dilarang Cium Jenazah Ibu
Pelawak terkenal, Saiful Apek, baru-baru ini berkongsi pengalaman hidup yang penuh emosi ketika tampil dalam sesi temu bual bersama Dol’s Podcast.
Saiful Apek mendedahkan yang dia baru mengetahui bahawa dia sebenarnya adalah anak angkat pada hari pemergian ibunya yang tercinta.
Saiful Apek dedah rahsia terbesar keluarga

Menurut Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, dia mengetahui rahsia terbesar keluarganya itu ketika usianya baru 21 tahun.
Semuanya bermula apabila dia dilarang mencium jenazah ibu angkatnya dengan alasan dia bukan mahram.
Bila saya cium (ibu angkat) ada suara bersuara dekat dalam ramai-ramai orang tu cakap tak boleh. Dia macam dalam mimpi bila orang cakap tak boleh
Rupanya diambil menjadi anak angkat sejak bayi lagi

Saiful Apek turut menjelaskan bahawa dia dijadikan anak angkat pada usia kurang seminggu kerana ibu angkatnya tidak mampu melahirkan anak sendiri.
Sepanjang hidup, ibu angkatnya tidak pernah menyusuinya, namun kasih sayang mereka tidak pernah kurang.
Ini bukan mahram mereka cakap, saya terkedu dekat situ, mereka cakap saya anak angkat, umur 21 tahun. Tapi saya tak peduli, saya tarik juga saya cium juga.
Kisah menyentuh hati ini mendapat perhatian ramai netizen yang tersentuh dengan kasih sayangnya terhadap ibu angkat. Tidak dapat dibayangkan betapa sakitnya apabila orang ramai melarang kita dari mencium jenazah ibu sendiri.
Ada yang turut menjelaskan bahawa dalam Islam, mencium jenazah dibenarkan walaupun bukan mahram.
#OhmediaNasihat
Kasih sayang sejati tidak mengenal hubungan darah. Kisah ini mengingatkan kita untuk sentiasa menghargai insan yang menjaga dan membesarkan kita. Apa-apapun yang berlaku, hormat dan cinta kepada ibu bapa, sama ada kandung atau angkat, adalah sesuatu yang tidak ternilai.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Dol’s Podcast
Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM