Connect with us

Oh! Media

Datuk Fazley Yaakob Rasa Tak Semua Penyondol Bersalah

Ohmedia fazley yaakob

Oh! Artis

Datuk Fazley Yaakob Rasa Tak Semua Penyondol Bersalah

Datuk Fazley Yaakob, penyanyi dan cef selebriti dalam satu temubual sebelum ini menjawab berkenaan isu penyondol dalam rumah tangga. Katanya, kehadiran orang ketiga ini adalah atas pilihan individu yang terlibat itu sendiri.

Gangguan itu biasa tapi kita boleh memilih untuk buat apa dengan gangguan yang datang. Pilihan itu ada pada kita. Kalau kita nak diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.

Image

Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah kerana dalam rumah tangga ada elemen-elemen yang tidak diceritakan pada orang luar.

Jadi mungkin apabila memilih untuk mencari insan ketiga, mencari kebahagiaan, pada saya adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol, yang disondol atau pun menyalahkan isteri atau suami dalam keterlibatan masalah rumah tangga tersebut.

Menyingkap perjalanan perkahwinan…

Image

Datuk Fazley turut menasihatkan pasangan suami isteri agar sentiasa mengingati saat-saat indah ketika mula-mula bertemu.

Kalau yang sudah ada anak, yang sudah berkahwin lama, ingatkan tempoh percintaan pertama kenapa kita jatuh cinta dengan pasangan kita.- Ujarnya.

Beliau berpendapat bahawa perasaan bosan dan permasalahan dalam perkahwinan adalah perkara biasa. Namun, mencari titik persamaan yang wujud sewaktu tempoh bercinta dahulu mampu menyelamatkan hubungan.

IKLAN

Setiap pasangan ada kelemahan… tetapi kalau kita dapat cari satu titik persamaan yang pernah wujud satu ketika dulu, insya-Allah percintaan, perkahwinan hubungan itu kekal walaupun ada gangguan.- Katanya lagi.

Image

#OhmediaNasihat

Masalah rumah tangga sering kali datang dengan cabaran yang berbeza. Namun, ingatlah bahawa kita mempunyai pilihan untuk mengatasi gangguan tersebut atau membenarkannya masuk dalam kehidupan kita.

Usah lupakan momen indah dan kenangan awal bersama pasangan, kerana ia mungkin menjadi kunci untuk kekal bahagia. Jaga maruah dan cuba selesaikan masalah dengan bijak tanpa melibatkan orang ketiga.

Ohmedia fazley yaakob

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas