Connect with us
Ibu Aliff Aziz Siti Hafiza

Oh! Artis

“Darah Daging Kami Juga” – Ibu Aliff Aziz, Hafiza Luah Rasa Rindu Dan Akan Cari Jalan Untuk Jumpa Cucu

Ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza meluahkan rasa rindu dan akan berusaha mencari jalan untuk bertemu dua orang cucunya

Menurut laporan mStar, Hafiza juga memberitahu yang mereka sekeluarga amat rindukan kanak-kanak itu selain ucapkan selamat hari lahir kepada cucunya, Ara Adreanna menerusi satu hantaran di Instagram.

IKLAN

Sannah Helwah buat cucu Umi Wan dan Tok Ayah, Ara Adreanna yang sangat kami rindui.

Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ara sehingga hari ini, kami tak akan berhenti untuk berjumpa Ara kerana Ara adalah darah daging kami juga.

Bukan tu jer, Hafiza juga mengatakan yang dia ada mengirim hadiah kepada Ara dan berharap agar pemberiannya itu akan sampai ke tangan cucunya itu.

Kami ada beri hadiah dah harap Ara terima hadiah tersebut, sehingga kita berjumpa lagi.

Umi Wan dan Tok Ayah, Daddy Aunty Aisyah dan Aunty Ain doakan Ara panjang umur menjadi anak yg solehah dan berjaya dunia dan akhirat.

Ibu Aliff Aziz Siti Hafiza

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas