Connect with us

Oh! Media

Dapat Hadiah Papan Luncur Air, Fuad Rahman Teruja Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih

Oh! Artis

Dapat Hadiah Papan Luncur Air, Fuad Rahman Teruja Sambut Hari Jadi Dengan Kekasih

Umum mengetahui bahawa penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman mempunyai hubungan yang istimewa bersama peserta Gegar Vaganza 2022, Tom.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kita Memang Nak Nikah, Tapi Belum Masanya Lagi” – Fuad Rahman

Terkini, Fuad telah memuat naik satu posting di Instagram berkongsi dirinya telah menyambut hari lahir bersama kekasih di tepi pantai. Wuu, buat apa tu?

Luncur air

Fuad Rahman Tom Surfing Luncur Air - Oh! Media

Menurut posting tersebut, Tom dikatakan telah memberi papan luncur air berwarna putih sebagai hadiah hari lahir buat Fuad. Kedua penyanyi tersebut dilihat sedang melakukan aktiviti luncur air di Pantai Cherating, Pahang.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat mengucapkan selamat ulang tahun buat penyanyi yang berusia 43 tahun itu.

Komen Netizen Fuad Rahman Tom - Oh! Media

Apa-apa pun, selamat hari lahir juga buat Fuad!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas