Connect with us

Oh! Media

Hafidz Roshdi Tuntut Shuhada Mohon Maaf, Dakwa Keluarga Difitnah Di Media Sosial

Featured 713x401 No Box 45

Oh! Artis

Hafidz Roshdi Tuntut Shuhada Mohon Maaf, Dakwa Keluarga Difitnah Di Media Sosial

Setelah sekian lama berdiam diri, pelakon Hafidz Roshdi hari ini menulis surat terbuka buat bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Antara kandungan dalam surat itu adalah Hafidz menuntut permohonan maaf daripada Shuhada dan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah dalam tempoh 48 jam.

Dakwa Hafidz, Shuhada dalam satu hantaran Instagram bertarikh 5 Mac 2023 menyebut adiknya bersubahat dan keluarganya bersifat toksik di mana ianya satu fitnah.

IKLAN

Hafidz Roshdi tulis surat buat Shuhada

Kata pelakon ini, pendedahan tak benar daripada Shuhada menyebabkan ada pihak menyebarkan gambar keluarganya. Perkara itu menyebabkan ketenteraman seluruh keluarganya terjejas.

Justeru, Hafidz mahu semua pihak menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga berkaitan isu rumah tangganya. Jika tidak, satu tindakan undang-undang akan diambil.

Menurut Hafidz, Shuhada telah menutup segala jalan untuk berdamai dan menyelesaikan masalah yang timbul secara kekeluargaan.

BACA: Isteri Hafidz Roshdi Tak Lagi Terkongkong Dengan Suami, Tak Menangis Kena Talak

Kredit: Instagram Hafidz Roshdi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas